07 April 2010

PEMBERITAHUAN.....

Dimaklumkan bahawa semua guru dan kakitangan bukan guru boleh menyemak sendiri data mereka dalam sistem emis online. Guru dan Bukan Guru boleh melayari Laman Emis Online seperti berikut : http://apps.gov.my. Untuk menyemak anda semua mesti memasukkan nombor kad pengenalan pada kedua-dua medan untuk log in. Disamping itu juga anda harus memsukkan nombor keselamatan yang diberikan.

06 April 2010

Pertandingan MTQ Zon KDSR 4 2010

Seramai lima orang murid SK Bukit Tadok akan menyertai Pertandingan MTQ Zon KDSR 4 2010 yang berlangsung di SK Binjai Kertas. Lima murid tersebut ialah:
1. Muhammad Syaamil Iman bin Mohd Sidek  
2. Nur Qayyimah Athirah binti Halim
3. Muhammad Fadhli Fahmi bin Mamat
4. Nur Fadhilah binti Mohammad Noor
5. Siti Nur Zulaikha binti Mohd Sabri
"Selamat Maju Jaya"

02 April 2010

TAKZIAH...

Warga Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok mengucapkan Takziah kepada Cikgu Siti Sara diatas pemergian Ayahda yang tercinta ke Rahmatullah pada 2 April 2010 jam 8.00 malam. Semoga roh ayahdanya dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan-golongan yang beriman.. AL- Fatihah....

Gotong royong menyiapkan tapak perkhemahan kali ke 2

Alhamdulillah... persiapan tempat perkhemahan telah 90% siap. Ini adalah hasil daripada semangat bergotong-royong yang wujud diantara PIBG dan Sekolah. Sekali lagi pengurusan ko kurikulum SK Bukit Tadok mengucapkan berbanyak terima kasih. Semoga semangat seperti ini berterusan hendaknya demi kepentingan anak murid SK Bukit Tadok.

Mengenai Sekolah

Foto saya
Kuala Telemong, 21210 Kuala Terengganu / Terengganu, Malaysia
SKM Mampu Cemerlang