30 Mac 2011

Tinggal Kenangan... Al Fatihah buat Allahyarham Mohd Hazrin Hakim bin Daud





Takziah

Mayat mangsa lemas ditemui


KAMPUNG NIBONG - Usaha mencari dan menyelamat Mohd Hazrin Hakim Daud, 11, kanak-kanak dikhuatiri lemas petang Jumaat lalu yang memasuki hari keempat semalam, membuahkan hasil apabila mangsa berjaya ditemui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Rozi Mamat pada jam 1.10 petang di Kampung Pelam kira-kira 10 kilometer (ikut sungai) daripada lokasi kejadian.

Sinar Harian difahamkan, Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri menaiki bot bersama enam orang awam yang lain turun padang menyertai operasi secara bersepadu membabitkan polis, bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) itu, menemui mangsa terapung di permukaan sungai.

Malah, mangsa yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tadok itu ditemui dalam keadaan sempurna dan masih lengkap berpakaian, dikatakan tersangkut pada pangkal pokok berhampi-ran kawasan tebing Sungai Telemong.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata, operasi bersepadu yang memasuki hari keempat semalam dimulakan jam 8 pagi dan ditutup sepenuhnya 2.30 petang pada hari sama selepas mangsa berjaya ditemui.

“Operasi bersepadu hari ini (semalam) membabitkan tujuh bot keseluru-hannya iaitu dua bot bomba (lapan anggota), JPAM (lima anggota) dan Pusat Khidmat DUN Telemong serta sebuah bot polis (tiga anggota).

“Bot pusat khidmat DUN Telemong dinaiki enam orang awam iaitu penduduk kampung dan sebuah lagi dinaiki Yang Berhormat Rozi bersama enam orang awam lain, berjaya menemui mangsa sebelum memaklumkan penemuan itu kepada anggota penyelamat dan mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Jumaat lalu, Mohd Hazrin Hakim tergelincir dari jambatan ketika berbasikal bersama dua rakannya di Kampung Nibong dan dia dikhuatiri lemas.

Lebih menyayat hati, ibu mangsa, Milah Jusoh, 46, yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan, sempat melihat anaknya itu hanyut dan timbul beberapa kali sebelum tenggelam dibawa arus Sungai Telemong yang deras.

(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/terengganu/content/story8917570.asp)

Mengenai Sekolah

Foto saya
Kuala Telemong, 21210 Kuala Terengganu / Terengganu, Malaysia
SKM Mampu Cemerlang