27 Jun 2012

LAWATAN PENANDA ARAS

Peserta Program Memperkasakan Kepimpinan Sekolah Rendah Hulu Terengganu telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke SK Sultan Ahmad Tajudin, Jitra Kedah. SK Bukit Tadok telah diwakili GPK KO, Che Hamizi bin Che Ismail. Semoga dengan lawatan ini dapat memberi sumber inspirasi untuk menjadikan SK Bukit Tadok setanding dengan sekolah yang dilawati.




24 Jun 2012

PENYAMPAIAN SAGUHATI KECEMERLANGAN OTI 2

Pada hari ini telah diadakan majlis penyampaian saguhati kecemerlangan OTI 2 semasa Perhimpunan Mingguan. Penyampaian saguhati telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan pada yang lain harap teruskan usaha.



23 Jun 2012

PERSIAPAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

Persiapan balapan telah diadakan di padang SK Bukit Tadok bagi menghadapi Sukan Tahunan yang akan diadakan nanti. Seramai empat orang guru lelaki hadir dibantu dua orang pengawal keselamatan . Akhirnya balapan empat lorong yang berukuran 200 meter selesai dibuat pada pukul 11.45 pagi. Semoga kepada semua rumah sukan dapat menggunakan balapan ini pada hari latihan iaitu setiap hari selasa. Terima Kasih kepada semua yang terlibat pada hari ini.
Shabari dan Wahab

Cikgu Roibi

Cikgu Azman memerhatikan garisan

Semangat sungguh Cikgu Azman menolak line marker

19 Jun 2012

SELAMAT DATANG

Selamat Datang ke SK Bukit Tadok diucapkan kepada  Puan Fauzani bt Mat Rani sebagai Guru j-QAF (Pendidikan Islam) yang bertukar dari SK Bukit Hampar, Segamat, Johor.




LATIHAN SUKAN MINGGU PERTAMA

Hari ini diadakan latihan rumah sukan bagi persediaan menghadapi sukan tahunan pada 16 Julai 2012 hingga 17 Julai 2012. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam.




BERSYUKUR PADA REZEKI YANG DIBERI

Bersyukur kepadaNya diatas limpahan rezeki yang dikurniakan...



Mengenai Sekolah

Foto saya
Kuala Telemong, 21210 Kuala Terengganu / Terengganu, Malaysia
SKM Mampu Cemerlang