29 Julai 2012

Bunting Motivasi Guru-guru SK Bukit Tadok

Terdapat 13 bunting motivasi telah digantung bagi memberi motivasi dan semangat kepada calon-calon UPSR 2012. Kesemua bunting adalah sumbangan setiap orang guru SK Bukit Tadok. Kerja-kerja menggantung bunting dilakukan oleh Cikgu Roibi yang dibantu Mohd Shabari ( Pengawal Keselamatan )



Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan

Hari ini berlangsungnya Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Calon-calon UPSR 2012 yang mencapai keputusan 5A dan 4A 1B. Berikut adalah penerima sijil :-
1. Balqis binti Alian 5A
2. Muhammad Asyraf Imaduddin bin Mustafah 5A
3. Nur Qayyimah Haziqah binti Halim 4A 1B
4. Wan Amirul Adilin bin Wan Abdul Azizy  4A 1B




17 Julai 2012

Coretan Hari Kedua Sukan Tahunan 2012

Hari ini berlangsungnya hari kedua Sukan Tahunan SK Bukit Tadok 2012. Pelbagai acara diadakan termasuklah acara ibu bapa dan cabutan bertuah. Walaupun hujan lebat, sukan tahunan berjalan dengan meriah sekali. Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan sukan tahunan SK Bukit Tadok tahun 2012.

























Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang

Sempena bermulanya bulan kemerdekaan pada tahun ini, Pihak sekolah dengan arahan dari Jabatan Pelajaran Terengganu melalui PPD Hulu Terengganu telah mengadakan majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang peringkat sekolah. Beberapa aktiviti telah diadakan seperti:-
1. Menaikkan Bendera Malaysia sambil menyanyikan lagu Negaraku.
2. Membaca perutusan sempena kempen kibarkan jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan.












16 Julai 2012

Coretan Hari Pertama Sukan Tahunan SKBT 2012

Pada 16 Julai 2012 telah berlangsungnya hari pertama Sukan Tahunan SK Bukit Tadok. Pada hari telah selesai acara 800 meter lelaki dan perempuan terbuka serta 200 meter peringkat saringan. Dilihat murid dan guru bersatu hati menyiapkan khemah rumah masing-masing.
















Mengenai Sekolah

Foto saya
Kuala Telemong, 21210 Kuala Terengganu / Terengganu, Malaysia
SKM Mampu Cemerlang