15 Ogos 2009
H1N1
'YA ALLAH... KAMI BERMOHON KEPADA MU AGAR LINDUNGI WARGA SKBT DARI WABAK YANG MERBAHAYA INI IAITU H1N1 ( SELSEMA BABI )....
14 Julai 2009
13 Julai 2009
12 Julai 2009
Hubungi Kami
Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok
21210 Kuala Telemong
Hulu Terengganu,Terengganu
Tel: 09-6882471
Fax: 09-8241101
email: skbukittadok@gmail.com
Visi Dan Misi
VISI
SEKOLAH UNGGUL
PENJANA GENERASI TERBILANG
MISI
MEMBANGUN POTENSI
INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
Sejarah Sekolah
Asalnya merupakan sekolah Melayu berbangunan kayu. Penempatan awal penduduk di kampung ini ialah di seberang sungai (Kampung Lama Bukit Tadok). Apabila sekolah yang dibina oleh kerajaan mula beroperasi pada tahun 1963, keluarga demi keluarga berpindah ke tanah besar membina penempatan baru sekaligus mengatasi kesukaran menyeberangi sungai untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
Jalan penghubung penduduk ke Pekan Kuala Berang dan ke Kuala Terengganu pada ketika itu ialah melalui jalan lori balak.Sekarang kampung lama tersebut tidak dihuni lagi.Sekolah ini diberi nama sempena nama kampung ini yang berasal nama sebuah bukit di seberang sungai ia itu “Bukit Tadok”.Sedari dahulu sehingga kini, sekolah dan kampung ini saban musim hujan akan pasti digenangi air hujan dan limpahan air sungai malah di tenggelami banjir.
Pada tahun 1986 banjir yang melanda telah menenggelamkan seluruh kawasan kampung. Sekolah ini juga ditenggelami sehingga bumbung sekolah sahaja yang kelihatan.Buat masa sekarang, pada minggu-minggu akhir persekolahan, persiapan menghadapi banjir akan dilaksanakan oleh warga sekolah bersama masyarakat setempat. Musim banjir biasanya akan berakhir sepenuhnya sekitar Mac atau awal April.
Bagi warga sekolah ini banjir adalah sesuatu yang amat sinonim dengan kami.Pada tahun pertama sekolah beroperasi, sekolah diketuai oleh Cg. Awang bin Yusof sebagai Guru Besar dengan dibantu oleh seorang ustaz (Us. Yusof) dan dua orang guru penolong.Pada tahun tersebut keramaian murid lebih kurang 40 orang (lelaki dan perempuan) dengan murid darjah 1 seramai 12 orang.
Sekolah kayu yang terdiri daripada tiga buah bangunan ini dirasmikan oleh Wong Foong Meng (ADUN Kuala Terengganu) sekitar tahun 1996 dengan gimik menanam pokok buah-buahan bersama penduduk-penduduk kampung. Kini (2012), perubahan demi perubahan, sekolah ini mempunyai 4 buah bangunan separa konkrit, sebuah makmal sains dan sebuah kantin berbangunan kekal sepenuhnya. Murid seramai 65 orang dengan diketuai oleh seorang Guru Besar, 10 orang Guru Penolong, seorang Guru Pemulihan Khas, seorang guru jQAF, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Pejabat.
09 Julai 2009
Lagu Sekolah
”Nun jauh di sana,
Bukit bukau terbentang luas,
Kehijauan mata memandang,
Ku rasakan hatiku tenang,
Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok,
Lambang kemegahan, Putera Puteri anak bangsa,
Berseminya satu semangat,
Biar ilmu di dada,
Seia dan sekata,
Tekad untuk Berjaya, dengan prinsip ilmu dan amal”.
10 Mei 2009
07 Mei 2009
Pertandingan Pidato Piala Diraja Daerah Hulu Terengganu
Tahniah dan syabas kepada SITI NUR ZULAIKHA BT MOHD SABRI diatas kejayaannya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut yang diadakan di SK Getang pada 06 mei 2009.
05 Mei 2009
Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah
SELAMAT HARI GURU
Selamat Hari Guru kepada semua guru SK Bukit Tadok. Semoga ungkapan "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" menjadi inspirasi untuk meningkatkan semangat mendidik anak bangsa..
Selamat Hari Guru kepada semua guru SK Bukit Tadok. Semoga ungkapan "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" menjadi inspirasi untuk meningkatkan semangat mendidik anak bangsa..
10 April 2009
Mesyuarat AJK PIBG 1/2009
Satu mesyuarat AJK PIBG 1/2009 telah menetapkan 09/05/2009 sebagai tarikh Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Tadok yang akan dirasmikan oleh YB Rozi bin Mamat selaku ADUN Telemong merangkap EXCO Pertanian Kerajaan Terengganu.
Ganti cuti persekolahan 2009
Semua Sekolah di Negeri Terengganu akan bersekolah seperti biasa pada hari sabtu 11/04/2009 bagi menggantikan cuti sempena Hari Raya Aidilfitri 2009 yang menggunakan jadual hari Rabu.
Harap Maklum.
Harap Maklum.
09 April 2009
Selamat Bertugas
Selamat datang ke SK Bukit Tadok kepada :
Puan Roshidah binti Muda ( N17 ) dari SK Kuala Telemong.
Selamat bertugas kepada beliau di SK Bukit Tadok.
Puan Roshidah binti Muda ( N17 ) dari SK Kuala Telemong.
Selamat bertugas kepada beliau di SK Bukit Tadok.
Pertukaran Kakitangan
Selamat Bertukar kepada :
Puan Maznah binti Muda ( N11 ) yang akan bertukar ke SK Binjai Kertas
Terima kasih di atas sumbangan beliau sepanjang bertugas di SK Bukit Tadok.
Puan Maznah binti Muda ( N11 ) yang akan bertukar ke SK Binjai Kertas
Terima kasih di atas sumbangan beliau sepanjang bertugas di SK Bukit Tadok.
07 April 2009
Mesyuarat AJK PIBG
Satu mesyuarat AJK PIBG akan diadakan pada :-
09 April 2009
1.30 Petang
Perpustakaan SKBT
09 April 2009
1.30 Petang
Perpustakaan SKBT
02 April 2009
Pertandingan Ko Akademik Zon KDSR 4 2009
Tahniah diucapkan kepada 2 orang murid kerana telah berjaya mencapai kemenangan di dalam Pertandingan Ko Akademik Bahasa Melayu Zon KDSR 4. Pertandingan itu diadakan di:
Tempat : SK Matang
Pada : 01 April 2009
Murid yang berjaya ialah :
PUTERI AIMI NAZIRAH BT MOHD ZAMRI ( Bercerita Tahap Satu )
SITI NUR ZULAIKHA BT MOHD SABRI ( Pidato )
Tempat : SK Matang
Pada : 01 April 2009
Murid yang berjaya ialah :
PUTERI AIMI NAZIRAH BT MOHD ZAMRI ( Bercerita Tahap Satu )
SITI NUR ZULAIKHA BT MOHD SABRI ( Pidato )
31 Mac 2009
25 Mac 2009
Mesyuarat Pengurusan Sekolah
Mesyuarat Pengurusan Sekolah kali pertama bersama Guru Besar SK Bukit Tadok yang baru iaitu Encik Razawi bin Mohammed.
Mesyuarat berlangsung seperti ketetapan berikut :-
Tempat :Perpustakaan
Masa :1.00 Petang
Mesyuarat berlangsung seperti ketetapan berikut :-
Tempat :Perpustakaan
Masa :1.00 Petang
16 Mac 2009
Selamat Datang
Guru Besar Baru SK.Bukit Tadok
Encik Razawi bin Mohammed
560216-11-5929
Jawatan Dahulu : Penyelia Pengurusan Maklumat PPDHT.
Encik Razawi bin Mohammed
560216-11-5929
Jawatan Dahulu : Penyelia Pengurusan Maklumat PPDHT.
14 Mac 2009
Siapakah bakal Guru Besar Baru?
Setelah seminggu ketiadaan guru besar, belum ada yang datang untuk mengambil tempat kosong tersebut.Angin telah bertiup, namun tidak seorang pun yang bernai untuk mendedahkannya... kita tunggu dan lihat siapakah yang akan mengambil kekosongan itu. Selamat Bertugas kepada yang bakal mengisi kekosongan ini... tq.
11 Mac 2009
Curahan Rasa Cikgu Md. Nor
Kepada semua warga SKBT
yang dikasihi.
Assalamualaikum,
Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini. Sememangnya saya berasa sangat sedih untuk meninggalkan kalian semua. dalam majlis tempoh hari,Saya menahan daripada menitis air mata tetapi hati saya tetap menangis.
Sebenarnya sudah seminggu sebelum persaraan, saya telah merasakan kesedihannya. Emosi saya tersentuh dan terganggu sehingga saya hilang selera untuk makan hingga ke saat ini.
Saya berasa seperti kehilangan sesuatu yang saya sayangi. Sukar untuk menggambarkan perasaan ini sebenarnya. Wajah-wajah serta character kalian masih terbayang-bayang di mata ini.
Mungkin kemesraan yang terjalin, kecaknaan dan saling menghormati antara kalian selama ini telah memukau hati dan mencuri perasaan saya.
Segala jasa, budi baik serta keikhlasan kalian tetap saya abadikan dalam hati ini. Selama lima tahun kurang lebih berada di sini banyak kenangan manis yang tidak akan saya lupakan sehingga keakhir hayat. Cenderahati yang saya terima daripada kalian akan sentiasa menjadi kenangan dalam hidup saya.
Saya berasa terkilan tidak dapat membalas budi baik kalian, semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Mohon kemaafan daripada kalian semua dan harapkan tiada titik noktah persahabatan diantara kita.
Doa saya agar kalian semua berjaya dalam mengejar cita-cita, insyaallah.
Sekian, terima kasih untuk segalanya.
Md. Nor bin Mohd
09.03.2009

05 Mac 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Mengenai Sekolah

- Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok
- Kuala Telemong, 21210 Kuala Terengganu / Terengganu, Malaysia
- SKM Mampu Cemerlang