12 Julai 2009

Sejarah Sekolah

Asalnya merupakan sekolah Melayu berbangunan kayu. Penempatan awal penduduk di kampung ini ialah di seberang sungai (Kampung Lama Bukit Tadok). Apabila sekolah yang dibina oleh kerajaan mula beroperasi pada tahun 1963, keluarga demi keluarga berpindah ke tanah besar membina penempatan baru sekaligus mengatasi kesukaran menyeberangi sungai untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Jalan penghubung penduduk ke Pekan Kuala Berang dan ke Kuala Terengganu pada ketika itu ialah melalui jalan lori balak.Sekarang kampung lama tersebut tidak dihuni lagi.Sekolah ini diberi nama sempena nama kampung ini yang berasal nama sebuah bukit di seberang sungai ia itu “Bukit Tadok”.Sedari dahulu sehingga kini, sekolah dan kampung ini saban musim hujan akan pasti digenangi air hujan dan limpahan air sungai malah di tenggelami banjir.

Pada tahun 1986 banjir yang melanda telah menenggelamkan seluruh kawasan kampung. Sekolah ini juga ditenggelami sehingga bumbung sekolah sahaja yang kelihatan.Buat masa sekarang, pada minggu-minggu akhir persekolahan, persiapan menghadapi banjir akan dilaksanakan oleh warga sekolah bersama masyarakat setempat. Musim banjir biasanya akan berakhir sepenuhnya sekitar Mac atau awal April.

Bagi warga sekolah ini banjir adalah sesuatu yang amat sinonim dengan kami.Pada tahun pertama sekolah beroperasi, sekolah diketuai oleh Cg. Awang bin Yusof sebagai Guru Besar dengan dibantu oleh seorang ustaz (Us. Yusof) dan dua orang guru penolong.Pada tahun tersebut keramaian murid lebih kurang 40 orang (lelaki dan perempuan) dengan murid darjah 1 seramai 12 orang.

Sekolah kayu yang terdiri daripada tiga buah bangunan ini dirasmikan oleh Wong Foong Meng (ADUN Kuala Terengganu) sekitar tahun 1996 dengan gimik menanam pokok buah-buahan bersama penduduk-penduduk kampung. Kini (2012), perubahan demi perubahan, sekolah ini mempunyai 4 buah bangunan separa konkrit, sebuah makmal sains dan sebuah kantin berbangunan kekal sepenuhnya. Murid seramai 65 orang dengan diketuai oleh seorang Guru Besar, 10 orang Guru Penolong, seorang Guru Pemulihan Khas, seorang guru jQAF, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Pejabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Sekolah

Foto saya
Kuala Telemong, 21210 Kuala Terengganu / Terengganu, Malaysia
SKM Mampu Cemerlang