15 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU



HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

 
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

15 April 2013

Majlis Serah Tugas

Terima Kasih kepada Ustaz Ahmad Tajuddin diatas sumbangan dan khidmat beliau sebagai Guru Besar SK Bukit Tadok. Semoga terus unggul ditempat yang baru.. 



01 September 2012

Jamuan Merdeka Raya 2012

Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok telah mengadakan Jamuan Merdeka Raya pada 30 Ogos 2012 yang bertempat di Dewan Terbuka SKBT:-




Motivasi Untuk Calon UPSR 2012


Mengenai Sekolah

Foto Saya
Kuala Telemong, 21210 Kuala Terengganu / Terengganu, Malaysia
SKM Mampu Cemerlang