31 Mac 2009
25 Mac 2009
Mesyuarat Pengurusan Sekolah
Mesyuarat Pengurusan Sekolah kali pertama bersama Guru Besar SK Bukit Tadok yang baru iaitu Encik Razawi bin Mohammed.
Mesyuarat berlangsung seperti ketetapan berikut :-
Tempat :Perpustakaan
Masa :1.00 Petang
Mesyuarat berlangsung seperti ketetapan berikut :-
Tempat :Perpustakaan
Masa :1.00 Petang
16 Mac 2009
Selamat Datang
Guru Besar Baru SK.Bukit Tadok
Encik Razawi bin Mohammed
560216-11-5929
Jawatan Dahulu : Penyelia Pengurusan Maklumat PPDHT.
Encik Razawi bin Mohammed
560216-11-5929
Jawatan Dahulu : Penyelia Pengurusan Maklumat PPDHT.
14 Mac 2009
Siapakah bakal Guru Besar Baru?
Setelah seminggu ketiadaan guru besar, belum ada yang datang untuk mengambil tempat kosong tersebut.Angin telah bertiup, namun tidak seorang pun yang bernai untuk mendedahkannya... kita tunggu dan lihat siapakah yang akan mengambil kekosongan itu. Selamat Bertugas kepada yang bakal mengisi kekosongan ini... tq.
11 Mac 2009
Curahan Rasa Cikgu Md. Nor
Kepada semua warga SKBT
yang dikasihi.
Assalamualaikum,
Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini. Sememangnya saya berasa sangat sedih untuk meninggalkan kalian semua. dalam majlis tempoh hari,Saya menahan daripada menitis air mata tetapi hati saya tetap menangis.
Sebenarnya sudah seminggu sebelum persaraan, saya telah merasakan kesedihannya. Emosi saya tersentuh dan terganggu sehingga saya hilang selera untuk makan hingga ke saat ini.
Saya berasa seperti kehilangan sesuatu yang saya sayangi. Sukar untuk menggambarkan perasaan ini sebenarnya. Wajah-wajah serta character kalian masih terbayang-bayang di mata ini.
Mungkin kemesraan yang terjalin, kecaknaan dan saling menghormati antara kalian selama ini telah memukau hati dan mencuri perasaan saya.
Segala jasa, budi baik serta keikhlasan kalian tetap saya abadikan dalam hati ini. Selama lima tahun kurang lebih berada di sini banyak kenangan manis yang tidak akan saya lupakan sehingga keakhir hayat. Cenderahati yang saya terima daripada kalian akan sentiasa menjadi kenangan dalam hidup saya.
Saya berasa terkilan tidak dapat membalas budi baik kalian, semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Mohon kemaafan daripada kalian semua dan harapkan tiada titik noktah persahabatan diantara kita.
Doa saya agar kalian semua berjaya dalam mengejar cita-cita, insyaallah.
Sekian, terima kasih untuk segalanya.
Md. Nor bin Mohd
09.03.2009

05 Mac 2009
Majlis Persaraan Guru Besar SKBT
SELAMAT BERSARA Kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok EN. MD. NOR BIN MOHD. Kenangan bersama kekal dalam ingatan semua warga Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok. Terima Kasih, Cikgu.....
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Jangan lupa kami disini.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Jangan lupa kami disini.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
02 Mac 2009
Sambutan Hari Persaraan Guru Besar
Kelab Guru SK Bukit Tadok akan mengadakan majlis tersebut pada :
05 Mac 2009
Bilik Pusat Sumber Sekolah
05 Mac 2009
Bilik Pusat Sumber Sekolah
01 Mac 2009
Guru oh Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Dedikasi Istimewa untuk Cikgu Md. Nor bin Mohd ( Guru Besar )
Langgan:
Catatan (Atom)
Mengenai Sekolah
- Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok
- Kuala Telemong, 21210 Kuala Terengganu / Terengganu, Malaysia
- SKM Mampu Cemerlang