01 Oktober 2011

Gotong royong bersama PIBG 2011

Pada 30 September 2011, satu gotong-royong bersama PIBG telah diadakan. Gotong-royong ini diadakan untuk menyiapkan tempat memasak di Kem Seri Tadok. Aktiviti ini jelas memperlihatkan pertalian yang erat antara warga sekolah bersama PIBG. Bagi pihak unit Ko Kurikulum SK Bukit Tadok mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat bagi memastikan Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok mempunyai kemudahan tapak khemah yang terbaik yang mana tidak ada sebelum ini di sekolah-sekolah di negeri Terengganu.. Terima Kasih Semua..


13 September 2011

21 Ogos 2011


06 Ogos 2011

TAHNIAH!!
5A PERCUBAAN UPSR 2011


Ucapan tahniah ini ditujukan untuk semua guru yang bekerja keras demi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini. Tahniah juga buat semua murid yang berjaya serta keluarga mereka yang tidak henti-henti berusaha demi kejayaan mereka. Semoga segala usaha kalian membuahkan hasil yang membanggakanUPSR nanti.

23 Julai 2011

19 Julai 2011

Sudut-sudut menarik di SK Bukit Tadok

Antara sudut-sudut menarik di SK Bukit Tadok

08 Julai 2011

Tawaran Baru Hargai Jasa Pengetua, Guru Besar Angkat Kualiti Pendidikan

SATU daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan ialah Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah yang mana ia bertindak meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah.

Pemimpin sekolah diberi perhatian utama kerana mereka memberi impak ketara kepada kecemerlangan murid menerusi tiga kriteria utama iaitu Kepimpinan Instruksional, Ejen Perubahan Utama dan Mewujudkan Persekitaran yang Kondusif.

Di bawah sub NKRA ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah.
Dalam Tawaran Baru ini satu bentuk inisiatif ditawarkan kepada pemimpin sekolah sama ada Guru Besar atau Pengetua yang berjaya meningkatkan kualiti pendidikan pelajar dan mengangkat nama sekolah ke tahap cemerlang pada tahun itu.

PGB berjasa ini diberi ganjaran kewangan dan material berpandukan kepada kejayaan sekolah mereka memandangkan pemimpin sekolah yang memainkan peranan utama melaksanakan misi kejayaan sekolah.

Semua PGB layak menyertai Program Tawaran Baru di bawah NKRA Pendidikan ini kecuali pemimpin sekolah yang ditukar ke sekolah baru serta tidak dapat menduduki peperiksaan kebangsaan dan pemimpin sekolah yang bertugas kurang dari enam bulan di sekolah baru mereka.

Penilaian Tawaran Baru dilaksanakan menerusi pencapaian PGB yang dinilai berasaskan Purata Gred Mata Sekolah (SGPA) daripada peperiksaan am dan skor pencapaian sekolah dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Keputusan keseluruhan kemudian mengambil kira jumlah skor komposit dan jumlah skor peningkatan tertinggi daripada senarai ranking.
Kini kadar semasa skor komposit sekolah rendah ialah 84 peratus, manakala skor komposit sekolah menengah pula ialah 92 peratus.

Skor komposit adalah Gred Purata Sekolah yang diambil daripada peperiksaan awam dan skor penarafan kendiri sekolah yang menggunakan instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Instrumen SKPM mengukur pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kemenjadian murid secara menyeluruh.

Selain penilaian skor komposit, pemimpin sekolah yang tersenarai hanya akan menerima ganjaran apabila berjaya melepasi empat syarat iaitu memperoleh Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) Skor lebih 90 peratus, lulus laporan audit, bebas daripada tindakan disiplin atau tatatertib; serta prestasi LINUS (untuk sekolah rendah saja) yang membanggakan.

Prestasi pemimpin sekolah turut dinilai dari aspek pencapaian sekolahnya berdasarkan kepada kejayaan pelajar di sekolah itu.

Sebagai ketua organisasi, pemimpin sekolah sangat berperanan dalam meningkatkan kemajuan sekolah dengan cara lebih berkesan dan bagaimana mengguna pakai sumber sedia ada untuk meningkatkan prestasi sekolahnya.

Namun, kejayaan sekolah bukanlah kejayaan Guru Besar atau Pengetua bersendirian tetapi ia adalah hasil usaha keras, strategi dan semangat kesatuan yang tinggi di antara Guru Besar atau Pengetua, semua guru serta pembantu sekolah dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada pelajar hingga berjaya melahirkan pelajar cemerlang di bawah kelolaannya.

Untuk sub NKRA ini, sasaran yang ingin dicapai ialah sebanyak dua peratus pemimpin sekolah menerima ganjaran pada tahun 2010, sebanyak tiga peratus pada tahun 2011 dan empat peratus pada tahun berikutnya manakala sasaran penurunan pemimpin sekolah yang tidak melepasi sasaran daripada 10 peratus pada tahun 2010 kepada enam peratus pada tahun 2012.

Pada Mac lalu, seramai 586 guru besar dan 2,800 guru serta kakitangan sokongan sekolah dipilih menerima ganjaran yang diperkenalkan menerusi NKRA hasil kecemerlangan meningkatkan pencapaian sekolah untuk melepasi sasaran yang ditetapkan.

Di bawah Tawaran Baru itu, guru besar menerima RM7,500, manakala lima peratus daripada keseluruhan guru sekolah terbabit menerima RM1,800 dan bakinya mendapat RM900.

Guru besar terbabit antara 925 atau 12.10 peratus bilangan sekolah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) di seluruh negara pada tahun lalu.

Ia diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada majlis penyampaian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar, Melaka.

Beliau juga memberitahu, pencapaian sebenar di luar jangkaan kerana sasaran awal pemimpin sekolah yang layak menerima ganjaran bagi penilaian 2010 adalah dua peratus. Peningkatan antara lain disebabkan peningkatan kualiti kepemimpinan dan tahap pengajaran serta pembelajaran guru.

Ujarnya, berdasarkan verifikasi, guru sekolah yang memenuhi semua kriteria untuk menerima ganjaran adalah 7.7 peratus, bertambah lebih 300 peratus berbanding sasaran awal.

Anugerah Tawaran Baru adalah satu inisiatif yang diperkenalkan kerajaan di bawah NKRA Pendidikan bagi memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada pengetua dan guru besar dalam usaha mereka melonjakkan kecemerlangan sekolah.
Sumber : Berita Harian

05 Julai 2011

Kenal pasti sekolah cemerlang

MELAKA 4 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pelajaran dan agensi di bawahnya agar proaktif mengenal pasti mana-mana sekolah cemerlang di seluruh negara.

Kata Timbalan Perdana Menteri itu, langkah tersebut bertujuan bagi membolehkan bantuan disalurkan supaya sekolah terlibat mampu menyediakan kemudahan pendidikan lebih berkualiti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekolah yang dipilih itu mestilah cemerlang namun masih belum layak diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) disebabkan terdapat kelemahan dalam bidang-bidang tertentu.

''Di bawah usaha ini, kita akan ambil langkah proaktif untuk tentukan kekurangan bidang yang dihadapi sekolah terlibat, umpamanya tiada konsep antarabangsa atau tiada jalinan kerjasama antarabangsa sekolah itu dengan sekolah luar negara lain atau tiada pertukaran pelajar.

''Jika sekolah terlibat mengalami kekurangan dalam bidang seperti itu, kita akan usahakan untuk bantu sekolah tersebut meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan sekolah mereka'' katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Warga Pendidik yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini hari ini.

Lebih 2,000 warga pendidik terdiri daripada guru besar, pengetua dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dari seluruh negeri menghadiri majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.

Kata Timbalan Perdana Menteri, usaha itu diharap mendorong warga pendidik khususnya guru besar dan pengetua untuk menentukan hala baru sekolah masing-masing sekali gus menepati keperluan kualiti pendidikan negara.

''Saya sebut begini agar kita dapat mencabar keupayaan kita, setidak-tidaknya pengetua dan pimpinan sekolah ada sasaran baru untuk tentukan hala tuju sekolah yang kita pimpin sekarang ini sehingga ia boleh mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia," katanya.

Selain itu, mengenai rancangan kementerian menjadikan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya, perkara itu hanya akan dilaksanakan setelah keperluan tenaga guru mata pelajaran itu sudah mencukupi dan cukup terlatih.

''Mungkin tidak berapa lama lagi saya akan umumkan mengenai perkara ini kerana sekarang kementerian tidak cukup lagi untuk sampai ke tahap itu, nanti bila kita sudah ada guru bahasa Inggeris yang mencukupi dan sudah menguji dasar itu, barulah boleh kita laksanakan ia dengan baik," katanya.

Berhubung pendidikan pra sekolah, beliau meminta kerjasama pihak swasta agar tampil membantu kerajaan menyediakan kemudahan sekolah di peringkat itu dengan kerajaan bersedia menampung pembiayaan modal sejumlah RM10,000 kepada mereka yang berminat.

02 Julai 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia


Gambar sekitar program 1m1s peringkat Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok :-


















01 Julai 2011

Larian 1M1S Peringkat Sekolah

Larian 1Murid 1 Sukan 1 Malaysia peringkat sekolah akan melibatkan semua warga SK Bukit Tadok.
Senarai Acara:
7.15 Pendaftaran Peserta
7.30 Perutusan oleh Timbalan Perdana Menteri
Senamrobik
7.45 Larian Bermula




19 Mei 2011

Persediaan Pencalonan SBT

Guru Besar dan GPK 1 Sedang menghadiri Kursus Bimbingan Sekolah Band Satu Zon Timur di Kota Baharu


SELAMAT HARI GURU
"Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara"

16 Mei 2011

04 April 2011

PIBG

30 Mac 2011

Tinggal Kenangan... Al Fatihah buat Allahyarham Mohd Hazrin Hakim bin Daud





Takziah

Mayat mangsa lemas ditemui


KAMPUNG NIBONG - Usaha mencari dan menyelamat Mohd Hazrin Hakim Daud, 11, kanak-kanak dikhuatiri lemas petang Jumaat lalu yang memasuki hari keempat semalam, membuahkan hasil apabila mangsa berjaya ditemui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Rozi Mamat pada jam 1.10 petang di Kampung Pelam kira-kira 10 kilometer (ikut sungai) daripada lokasi kejadian.

Sinar Harian difahamkan, Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri menaiki bot bersama enam orang awam yang lain turun padang menyertai operasi secara bersepadu membabitkan polis, bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) itu, menemui mangsa terapung di permukaan sungai.

Malah, mangsa yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tadok itu ditemui dalam keadaan sempurna dan masih lengkap berpakaian, dikatakan tersangkut pada pangkal pokok berhampi-ran kawasan tebing Sungai Telemong.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata, operasi bersepadu yang memasuki hari keempat semalam dimulakan jam 8 pagi dan ditutup sepenuhnya 2.30 petang pada hari sama selepas mangsa berjaya ditemui.

“Operasi bersepadu hari ini (semalam) membabitkan tujuh bot keseluru-hannya iaitu dua bot bomba (lapan anggota), JPAM (lima anggota) dan Pusat Khidmat DUN Telemong serta sebuah bot polis (tiga anggota).

“Bot pusat khidmat DUN Telemong dinaiki enam orang awam iaitu penduduk kampung dan sebuah lagi dinaiki Yang Berhormat Rozi bersama enam orang awam lain, berjaya menemui mangsa sebelum memaklumkan penemuan itu kepada anggota penyelamat dan mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Jumaat lalu, Mohd Hazrin Hakim tergelincir dari jambatan ketika berbasikal bersama dua rakannya di Kampung Nibong dan dia dikhuatiri lemas.

Lebih menyayat hati, ibu mangsa, Milah Jusoh, 46, yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan, sempat melihat anaknya itu hanyut dan timbul beberapa kali sebelum tenggelam dibawa arus Sungai Telemong yang deras.

(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/terengganu/content/story8917570.asp)

14 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul

31 Januari 2011

Penyampaian Watikah Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan 2011





Pada 30 Januari 2011, Badan Pengawas dan Perpustakaan telah mengadakan majlis penyampaian watikah kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan untuk tahun 2011. Berikut adalah sebahagian gambar :-

21 Januari 2011

16 Januari 2011

Lawatan KSU Kementerian Pelajaran Malaysia


11 Januari 2011, Y.Bhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan lawatan kerja ke SK Bukit Tadok. Beliau turut diiringi oleh En. Razali Daud, Pengarah Pelajaran Terengganu, En. Salleh Busu, Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu, En. Shafruddin Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu dan beberapa Pegawai dari Jabatan Pelajaran Terengganu serta Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.Tujuan utama beliau adalah untuk meninjau keadaan sekolah yang telah ditenggelami banjir baru-baru ini.

13 Januari 2011

Banjir 2011










SK Bukit Tadok telah ditenggelami banjir yang menyebabkan sekolah ditutup selama 2 hari iaitu pada 07 Januari  2010 dan 10 Januari 2010 ...

02 Januari 2011

Persekolahan Sesi 2011

Selamat datang diucapkan kepada murid Tahun Satu dan Selamat kembali ke sekolah kepada murid lain. Semoga Tahun 2011 menampilkan komitmen yang jitu bagi meningkatkan prestasi yang cemerlang serta menaikkan lagi SK Bukit Tadok ke peringkat yang lebih tinggi..

Mengenai Sekolah

Foto saya
Kuala Telemong, 21210 Kuala Terengganu / Terengganu, Malaysia
SKM Mampu Cemerlang