31 Januari 2011

Penyampaian Watikah Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan 2011





Pada 30 Januari 2011, Badan Pengawas dan Perpustakaan telah mengadakan majlis penyampaian watikah kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan untuk tahun 2011. Berikut adalah sebahagian gambar :-

21 Januari 2011

16 Januari 2011

Lawatan KSU Kementerian Pelajaran Malaysia


11 Januari 2011, Y.Bhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan lawatan kerja ke SK Bukit Tadok. Beliau turut diiringi oleh En. Razali Daud, Pengarah Pelajaran Terengganu, En. Salleh Busu, Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu, En. Shafruddin Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu dan beberapa Pegawai dari Jabatan Pelajaran Terengganu serta Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.Tujuan utama beliau adalah untuk meninjau keadaan sekolah yang telah ditenggelami banjir baru-baru ini.

13 Januari 2011

Banjir 2011










SK Bukit Tadok telah ditenggelami banjir yang menyebabkan sekolah ditutup selama 2 hari iaitu pada 07 Januari  2010 dan 10 Januari 2010 ...

02 Januari 2011

Persekolahan Sesi 2011

Selamat datang diucapkan kepada murid Tahun Satu dan Selamat kembali ke sekolah kepada murid lain. Semoga Tahun 2011 menampilkan komitmen yang jitu bagi meningkatkan prestasi yang cemerlang serta menaikkan lagi SK Bukit Tadok ke peringkat yang lebih tinggi..

31 Disember 2010

Majlis Kesyukuran Kecemerlangan UPSR 2010

Satu majlis kecemerlangan UPSR 2010 telah diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu pada 29 Disember 2010. Pada majlis tersebut SK Bukit Tadok telah mendapat beberapa anugerah dari PPD Hulu Terengganu. Semoga penghargaan yang diterima akan memberikan satu cabaran kepada semua warga guru, kakitangan, ibu bapa dan murid untuk meneruskan kecemerlangan.

23 Disember 2010

Program Solat Hajat Kesejahteraan Pendidikan

Adalah dimaklumkan satu program solat hajat kesejahteraan, bacaan yaasin dan ceramah parenting akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Masa : 7.00 malam
Tempat : Masjid Kg Bukit Tadok
Hari : Jumaat
Aktiviti : Solat Maghrib, Solat Hajat / Bacaan Yaasin, Solat Is'yak, Program Parenting ( Pensyarah UNISZA)

Semua dijemput hadir....

15 Disember 2010

Mesyuarat Guru 2011 dan Hari Pendaftaran

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Guru 2011 akan diadakan seperti ketepatan berikut:
Tarikh : 28 Disember 2010
Tempat : Perpustakaan
Masa : 11.00 pagi

Pendaftaran Murid 2011 akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 28 Disember 2010
Tempat : Kelas Masing-masing
Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi

* Diingatkan kepada semua ibu bapa dan penjaga mengambil makluman ini untuk melancarkan proses pendaftaran dan bayaran yuran ( merujuk kepada surat yang diedarkan kepada semua ibu bapa dan penjaga )

11 November 2010

Pencapaian UPSR 2010

Tahniah
1. Mendapat Gred Purata Paling Tinggi iaitu 2.11
2. Mendapat Minimum C paling tinggi 71.03 %
3. Sekolah yang mendapat 100%.
a. SK Bukit Tadok
b. SK Teris
c. SK Kemat
d. SK Dusun
4.Sekolah terbaik.
a. 5A - SK Tok Randok
b. G/P - SK Bukit Tadok
5. Sekolah yang berkedudukan 'Top 10' Negeri Terengganu.
a. SK Bukit Tadok - 2/345
b. SK Dusun - 6/345
c. SK Teris - 7/345
d. SK Tok Randok - 9/345

Keputusan UPSR Calon SK Bukit Tadok

5A
1. Muhammad Syaamil Iman bin Mohamad Sidek
2. Siti Nur Zulaikha binti Mohd Sabri
3. Nur Qayyimah Athirah binti Halim

4A
1. Nur Khairyn Binti Muhamad Safri
2. Muhammad Ridzuan Fikri bin Yusoff
3. Ahmad Faiz bin Harun
4. Al Syed Mohd Hafiz Iqmal bin Syed Omar

3A2B
1. Muhammad Nur Aildiel bin Hamdi
2. Muhammad Zulshawal bin Abdul Manat

TAHNIAH DIUCAPKAN

09 November 2010

04 November 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

UPSR 2010: Keputusan 11 November

04/11/2010 4:15pm

PUTRAJAYA - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada 11 November ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran hari ini.
Kenyataan itu menyebut, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.
Pada tahun ini, seramai 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah seramai 486,321 orang manakala bakinya sebanyak 8,172 orang adalah calon sekolah swasta. - Bernama

27 Oktober 2010

Gotong royong Program Cegah Denggi di Sekolah

Gotong royong ini telah diadakan dengan kerjasama unit kawalan vektor MDHT.













Segala kerjasama yang diberikan membolehkan persekitaran sekolah bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes.













Keprihatinan Guru Besar SK Bukit Tadok Encik Razawi bin Mohammed bertanyakan saiz baju yang disumbang kepada murid oleh Agensi yang menjayakan aktiviti













Sampah sarap yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dibawa ke lori untuk dibuang tempat pelupusan sampah.













Terima Kasih kepada semua yang terlibat

21 Oktober 2010

KEMPEN PENCEGAHAN DENGGI

Satu program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah akan diadakan sempena Kempen Pencegahan Denggi akan diadakan dengan kerjasama Unit Kawalan Vektor, Majlis Daerah Hulu Terenggannu pada 25 Oktober 2010.
Program tersebut merupakan satu program pencegahan demam denggi.

16 Oktober 2010

Karnival Bola Baling Bawah 11 Tahun

Pasukan Sekolah telah mengambil bahagian dalam Karnival Bola Baling yang telah diadakan di SK Tok Randok. Ini merupakan kali pertama pasukan sekolah mengambil bahagian pada peringkat umur bawah 11 tahun. Pasukan ini merupakan skuad tahun hadapan. Penyertaan kali ini merupakan peringkat pendedahan awal bagi mempersiapkan pasukan yang handal untuk tahun hadapan..

SKBT Boleh !!!

14 September 2010

UPSR 2010

Selamat Maju Jaya kepada semua calon UPSR SK Bukit Tadok... Semoga bersama menaikkan nama SK Bukit Tadok pada peringkat Negara dan Negeri Terengganu...

17 Mei 2010

Seloka Hari Guru SK Bukit Tadok 2010

Assalamualaikum pembuka bicara,
Kata aluan kami mulakan,
Inilah dia kelas berani bersuara,
4 Gemilang diberi nama.

8 puteri 10 putera,
Semuanya 'happening' belaka,
Ini hanya sekadar seloka,
Kalau terasa ampun dipinta.

4 Gemilang punya ibunda,
Berbudi bahasa berwajah cantik,
Ibu kami, Noazlina,
Mengajar bahasa inggeris setiap hari.

Cikgu Razawi ibarat pengetua,
Suka marah tak kira masa,
Waktu mengajar tegasnya dia,
Agar murid maju dan jaya.

Setiap hari di library,
Wajah cantik berseri-seri,
Gigi putih bersinar sekali,
Itulah dia Cg. Safwati.

Cg. Roibi segak sekali,
Orangnya kelakar tak kering gusi,
Buat lawak kenakan kami,
'loyar buruk' matlamat diri.

Tinggi-tinggi pokok kelapa,
Tinggi Cg. Jamilah tak terkira,
Bukan niat nak mengata,
Tapi lumrah hidup di dunia.

Tinggi tidak pendek pun tidak,
Suka bersukan setiap hari,
Mengajar PJK pilihan hati,
Itulah dia Cg. Hamizi.

Dari lubuk datang ke bukit,
Untuk mengajar kami semua,
Kalau tak marah tak  sah orangnya,
Cg. Siti Sara empunya nama.

Cg. Azman nama yang glamour
Segak orangnya berbudi bahasa,
Kesalahan disiplin serah padanya,
Dia ibarat polis kita.

Teacher Nik nama diberi,
Bak bercakap arif sekali,
Suaranya merdu seperti penyanyi,
Lagu menggegar dunia sesuai sekali.

Mukanya serius alahai takutnya,
Tetapi murah dengan senyuman,
Ustazah Faridah empunya nama,
Rajin membaca tambah pengetahuan.

Dari jauh datang bertandang,
Datang bertandang memberi ilmu,
Pelajar cemerlang itulah harapan,
Cg. Adilah sungguh sopan.

Beralih pula kepada Cg. terakhir,
Orangnya baik manis sekali,
Pendidikan Jasmani paling digemari,
Itulah dia Cg. Salina kami.

4 Gemilang mengundur diri,
Salah dan silap menyusun jari,
Bukan mengata atau mengeji,
Hanya sekadar seloka kami.

10 putera 8 puteri,
Ucapan terima kasih kami sampaikan,
Semoga sihat sepanjang hari,
Selamat Hari Guru kami ucapkan.

Karya 4 Gemilang

12 Mei 2010

Kejohanan Bola Baling Zon KDSR 4 2010

Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok telah menyertai Kejohanan Bola Baling Zon KDSR 4 yang berlangsung pada 12 April 2010 di SK Getang. Dalam kejohanan tersebut, SK Bukit Bukit Tadok telah mendapat tempat ke 3. Dua orang pemain pasukan bola baling SK Bukit Tadok telah terpilih untuk menyertai pasukan SK Kuala Ping pada pertandingan peringkat daerah yang berlangsung di SK Tok Randok. Pasukan dari Zon KDSR 4 ini telah muncul juara daerah. Seorang pemain dari SK Bukit Tadok telah terpilih untuk menyertai pasukan Hulu Terengganu ke peringkat negeri yang berlangsung di SMKA Kuala Abang, Dungun.
Tahniah diucapkan....

11 Mei 2010

Perkhemahan Unit Beruniform SKBT 2010

Gambar Perkhemahan Unit Beruniform SKBT 2010

10 Mei 2010

Perkhemahan Unit Beruniform SKBT 2010

Unit Ko Kurikulum telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2010 yang berlangsung pada 06 April 2010 hingga  08 April 2010 di Kem Sri Tadok.

07 April 2010

PEMBERITAHUAN.....

Dimaklumkan bahawa semua guru dan kakitangan bukan guru boleh menyemak sendiri data mereka dalam sistem emis online. Guru dan Bukan Guru boleh melayari Laman Emis Online seperti berikut : http://apps.gov.my. Untuk menyemak anda semua mesti memasukkan nombor kad pengenalan pada kedua-dua medan untuk log in. Disamping itu juga anda harus memsukkan nombor keselamatan yang diberikan.

Mengenai Sekolah

Foto saya
Kuala Telemong, 21210 Kuala Terengganu / Terengganu, Malaysia
SKM Mampu Cemerlang